Ahad, 31 Julai 2011

1 Ogos 2011

Jam tepat menunjukkan waktu 5a.m. Hanya aku dan kakak bersahur bersama.
Awal awal lagi dah terima panggilan daripada mak agar kami tak terlepas sahur pada 1Ramadhan ini.

Terasa hiba bila teringat bagaimana mak atau bapak yang selalu kejutkan kami bila dirumah. Kakak lah yang paling emosi ketika dikejutkan sahur. Sampai kadang-kadangtu dengan muka berkeruts* sambil bertongkat dagu di meja makan. haha. Sekarang dia dah bekerja. Aku pun dah menjangkau 22 tahun. Aku rindu suasana dulu.

Tengah bersahur tadi, sempat aku usik kakak. “nanti mcm ni la sahur bila dah kahwin, sambil menghulur pinggan untuk ditambahkan nasi"

p/s - aku tahu kau boleh jadi seorang isteri dan mak yang baik. tapi mampukah aku membimbing sebuah keluarga?
satu yg aku pegang, jadilah bagaimana kau mahu anak kau nanti jadi. Kata-kata yang selalu mendisiplinkan aku untuk melengkapkan solat 5 waktu aku. Selamat berpuasa gula-gula hati.

*berkeruts - kerutan terlampau di muka disebabkan dipaksa bangun bersahur. dinasihatkan jgn menegur spesis ini kerana ini mungkin boleh membuatnya mengeluarkan bunyi2 kurang merdu. Anda mungkin akan dicakar.

M.

opportunity

31 Julai 2011,
beberapa minit lagi, mahu atau tidak sama-sama kita melangkah ke bulan suci ramadhan. Aku mungkin tak sebegini teruja dan tidak sabar untuk ramadhan 2-3 tahun lalu, tapi pada ramadhan lalu alhamdulillah aku diberikan peluang dari pencipta aku.

aku diberi peluang untuk rasa bahawa ia bukan setakat menahan lapar dahaga,
pabila satu nikmat dunia ditarik sebentar, pernahkah aku mengucap syukur? Selalunya aku merungut. Ya Allah sombongnya aku!

bila dahiku mencecah sejadah, ia bukan hanya satu perbuatan, pergerakan otot badan aku, aku diberi peluang untuk merasa betapa dekatnya diriku dengan-Nya, betapa kecilnya aku. Bukan hebat mana pun, yang mana aku diciptakan sama dengan manusia lain,

tak pernah aku rasa setenang waktu itu.

aku diberi peluang untuk rasa betapa indahnya bulan yang paling suci ini.
Tapi bolehkah aku menjaga tutur kata aku? bolehkah aku menjaga pandangan mata aku?

Mampukah aku membawa api ini sehingga hari kemenangan nanti? Sebolehnya sampai bila bila.

p/s- selamat beribadat di bulan yang maha suci ini. setiap kali ramadhan pasti ingatkan aku pada perbualan kita dulu. aku rindu saat itu.

(Azan maghrib telah dilaungkan, bermulalah perjuangan kita)

M.