Selasa, 15 Februari 2011

3.24 am. 16 februari 2011

Aku menulis kali ini, buat peringatan buat diri aku.

Jika siapa-siapa lakukan keburukan pada hidup kau, kenapa tidak biarkan sahaja pada Tuhan untuk membalasnya dengan adil? Apa jadi pada percayanya adanya Tuhan?
Percaya bahawa tuhan itu Maha Adil?

Bercakap buruk, memanggil nama, mereka-reka cerita, apa yang dibuktikan?
Cuma secara tersirat yang mana, kau sama sahaja dengan nama nama yang kau berikan, cerita-cerita yang kau bawa,

Kau tak jujur pada diri kau,

Kau tak jujur pada kawan-kawan,
Kau tak jujur pada keluarga kau,
Yang paling penting, kau tak jujur pada yang Maha Esa,

Mengapa kau suka mencungkil masa lampau, mencari keburukan yang pernah ada dalam diri seseorang itu,
Bukankah lebih baik berdoa untuk masa depan yang lebih baik?

Kerana aku, MANUSIA,
makhluk Allah yang LEMAH, penuh rasa cemburu.

M.