Isnin, 21 Disember 2009

Come And Go

Kini Kau Sepi Tiada Berita.
Aku rindu.

Khamis, 5 November 2009

WARNA hidupku,

Warna Hidupku

HATIku gembira,
Hatiku riang.
Melihat teman teman senyum,
Bermacam gelagat,
Bersenyum lebar,
Tanpa peduli siapa-siapa.

Kadang-kadang,
AKU letih, Penat.
Kalianlah punca tenaga,
Pemberi segala semangat.
Hingga aku capai semuanya.
Terima kasih.

BENAR, kata orang,
Susah untuk puaskan hati semua,
Betapa sungguh aku cuba,
Betapa susah ia jadi.
Barangkali aku tak pernah adil.
Walaupun sekali?

AKU minta maaf,
Kekalkan tali persahabatan ini,
Kita tak mungkin bersama selamanya.
Kerna masa depan tak mungkin dilukis SAMA.
Tapi, kalianlah WARNA Hidup aku.
selama lamanya.

Para Pelengkap Hidupku.

Well, I'll be graduating soon.
Macam macam aku fikir. Kerja? Belajar? Kau,

M.

Selasa, 6 Oktober 2009

Kelemahan.

Jika tiada jodoh sekalipun, biarlah perpisahan itu dengan baik. Bukan kerana dia itu tak sempurna buat kita.
Hargailah setiap detik bersamanya. Biarlah saling berhubung, kerana satu hari nanti memori beginilah akan buat kita tersenyum. :)



P/s - Mungkin satu hari nanti aku akan bersama kau, jantung hati?

Ahad, 27 September 2009

Jantung Hati

Segar di ingatan,
Ketika Kau hadir,
Terus aku lupa seketika,
Betapa indahnya rasa itu.

Coretan-coretan kau,
Buatku tak terdaya, lemah.
Mengheretku jauh ke dalam sebuah dunia,
Nyawa, Hati, Perasaan,
Terjerat dengan rela.

Bila kau menyepi, tiada berita.
Perasaan tak pernah reda apakan berubah.

Kini, kau muncul tiba-tiba,
Tanda sebarang tanda,
Hati dipenuhi segala perasaan.
Ketika aku menaruh, tiada dia,
Kau senyap, tiada suara

Datang dan pergi.
Harapan palsu?
Namun aku tak pernah berhenti untuk berharap.
Hari itu pasti tiba.
Esok, lusa, lima tahun lagi?
Aku tunggu.

M.